Webinar Nadi X Wellbeing – Sunyi, Terlupa, Murung: Sakit Biasa Usia Tua Atau Masalah Mental? | W088
11 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Sunyi, Terlupa, Murung: Sakit Biasa Usia Tua atau Masalah Mental? | W088 secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini disampaikan oleh Dr. Nor Jannah Raduan, Pakar Psikiatri Warga Emas.
Tujuan penganjuran Webinar Sunyi, Terlupa, Murung: Sakit Biasa Usia Tua atau Masalah Mental? secara atas talian ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kesihatan mental dalam kalangan warga emas yang sering dikaitkan dengan perasaan sunyi, kemurungan, dan masalah ingatan. Program ini bertujuan membantu peserta membezakan antara simptom penuaan normal dan tanda-tanda awal masalah mental seperti demensia atau kemurungan. Kebaikkan webinar ini memberi pendedahan tentang kesihatan mental dan emosi warga emas, membantu peserta mengenal pasti tanda-tanda awal kemurungan atau demensia, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan emosi dan sosial warga emas.
Webinar ini diharap dapat memberi panduan kepada penjaga dan ahli keluarga dalam menangani isu kesihatan mental warga emas. Menggalakkan masyarakat lebih prihatin dan empati terhadap kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: